PENGENALAN

Institusi pemulihan dadah yang dikenali sebagai Pusat Serenti pada peringkat awal . Ditukar nama kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) pada tahun 2009 dan selaras transformasi ia ditukar kepada Cure & Care Rehabilitation Centre (CCRC) berkuatkuasa 1 Jun 2012 . Kemasukan klien adalah melalui Perintah Mahkamah Seksyen 6(1) (a) Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) 1983.

Pendekatan Pusat Serenti/PUSPEN yang regimented, tough & rugged telah ditukar kepada pendekatan yang lebih humanistik dengan berkonsepkan program yang santai, lebih berkesan dan mudah dilaksanakan (fun, effective & easy to implement).

Transformasi program rawatan, perubatan dan pemulihan di institusi dilaksanakan dengan lebih berfokus melalui:

  • Penyingkatan tempoh rawatan dan pemulihan (6-11 bulan) berdasarkan penilaian prestasi klien di bawah Seksyen 12(2) AktaPenagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Walau bagaimanapun bagi klien yang tidak melepasi kriteria penilaian untuk penyingkatan tempoh, pembebasan mereka adalah di bawah seksyen 12(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983;
  • Program pemulihan memenuhi keperluan kepulihan klien, penilaian berdasarkan kategori klien dan tahap kebergantungan serta keparahan penagihan klien;
  • Perubahan imej baru klien dan fasiliti persekitan kondusif;
  • Pendekatan fun, effective & easy to implement;
  • dan Mekanisme pelaksanaan menumpukan kepada aktiviti di dalam kelompok secara sistematik dan seragam mengikut Rancangan Kepulihan Klien.