CAWANGAN

( I ) CAWANGAN PEMBANGUNAN & OPERASI SISTEM

FUNGSI
  • Membangun, menyelenggara dan mengemaskini Sistem Maklumat Penagih Dadah Berasaskan Biometrik (BIONADI)
  • Memantau pelaksanaan dan pengoperasian Sistem BIONADI di Pejabat AADK Negeri, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), AADK Daerah dan Unit Antidadah Sempadan (UAS) seluruh negara
  • Merancang dan melaksanakan operasi pembersihan dan pemurnian data penagih dalam Sistem BIONADI
  • Merancang pelaksanaan latihan kepada pengguna Sistem BIONADI di seluruh negara secara ‘handholding'
  • Membantu dan memberi sokongan teknikal (helpdesk) kepada pengguna Sistem BIONADI di pejabat-pejabat AADK seluruh negara
  • Menyediakan dokumentasi dan manual bagi Sistem BIONADI seperti manual pengguna dan Buku Kecil BIONADI
  • Membantu menyediakan laporan statistik penagihan dadah secara berkala dan adhoc untuk keperluan Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan serta untuk Pengurusan Atasan AADK
  • Mengurus dan mengendalikan kerja-kerja integrasi data penagih dengan agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara Malaysia
  • Melaksanakan lawatan dan naziran bagi menilai tahap penggunaan Sistem BIONADI di pejabat-pejabat AADK seluruh negara
  • Merancang dan menganjurkan hari bersama pengguna khususnya untuk semua pengguna Sistem BIONADI
  • Membuat kajian untuk mempertingkatkan keupayaan Sistem BIONADI supaya seiring dengan perkembangan teknologi semasa merangkumi perisian aplikasi, pangkalan data, teknologi biometrik dan peralatan seperti Server dan Dermalog Fingerprint Scanner and Smart Card Reader
  • Mengurus dan mengendalikan permohonan semakan maklumat penagihan dadah daripada badan-badan kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Menyediakan spesifikasi teknikal untuk tujuan tawaran kontrak penyelenggaraan Sistem BIONADI
  • Merancang dan menyediakan kertas-kertas kerja berkaitan pembangunan sistem
  • Melaksanakan kajian user requirements, system study, system specification and system testing bagi pembangunan sistem baru
( II ) CAWANGAN LAMAN WEB & LATIHAN

FUNGSI
  • Mengurus dan menyelenggara Laman Web/Portal AADK
  • Menyediakan keperluan latihan ICT kepada kakitangan teknikal dan bukan teknikal
  • Merancang keperluan latihan bagi sistem aplikasi yang dilaksanakan di AADK
  • Menjadi tenaga pengajar kursus ICT peringkat asas dan pertengahan untuk warga AADK
  • Menyediakan kertas kerja menaiktaraf Laman Web/Portal AADK
  • Menguruskan aduan dari orang ramai melalui Laman Web/Portal AADK
  • Menyediakan bahan bagi kursus asas tentang pembangunan Laman Web/Portal AADK
  • Membantu Bahagian Teknologi Maklumat dalam kerja-kerja Helpdesk dan bantuan kepakaran teknikal bagi pejabat-pejabat AADK di seluruh negara
  • Membantu Bahagian Teknologi Maklumat dalam kerja-kerja setup dan troubleshooting rangkaian AADK
( III ) CAWANGAN RANGKAIAN KESELAMATAN & PENYELIDIKAN

Fungsi
  • Pembangunan prasarana LAN dan WAN di AADK
  • Mengurus , memantau dan mengawal rangkaian yang menghubungkan pejabat pejabat seluruh negara agar sistem rangkaian AADK berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
  • Mengurus dan menyenggara peralatan komunikasi pejabat-pejabat AADK seluruh negara.
  • Menyelia kepenggunaan bandwith bagi rangkaian AADK Net seluruh negara.
  • Mengurus dan mengendalikan dokumen kontrak pembangunan dan penyelenggaraan yang berkaitan dengan rangkaian AADK.
  • Menguruskan serangan virus dan mengemaskinikan virus pattern serta perolehan perisian antivirus.
  • Menyediakan kertas cadangan berkaitan pembangunan sistem rangkaian dan keselamatan ICT di AADK
  • Menganggotai Jawatankuasa Keselamatan ICT sebagai ICTSO ( ICT Security Officer ).
  • Menganggotai Jawatankuasa Pemantau Projek ICT J2PKT dan Jawatankuasa Pemandu ICT AADK (JICTA)
  • Menyelia kerja penyelidikan ke atas peralatan / perisian yang ada di pasarana dan dikehendaki oleh agensi.
  • Mengurus dan menyelenggara bilik server serta peralatan server di Ibupejabat AADK.
  • Memastikan email AADK bebas daripada serangan virus dan spam serta keselamatan kandungan email.
  • Mengumpul dan menyediakan maklumat bagi kursus asas tentang penggunaan Internet.
( IV ) CAWANGAN TEKNIKAL,HELPDESK & KHIDMAT SOKONGAN

FUNGSI
  • Mengurus bantuan teknikal ke pejabat-pejabat AADK di seluruh negara.
  • Memantau prestasi dan penyelenggaraan komputer, pencetak, pengimbas dan komputer riba di seluruh negara.
  • Mengurus masalah kerosakan dan menaiktaraf peralatan ICT.
  • Mengurus perolehan perkakasan dan perisian.
  • Mengemaskini dan memantau sistem Helpdesk online bagi mengendalikan aduan dan masalah teknikal seluruh negara secara online.
  • Membangun dan menyelenggara aplikasi AADK SMS Centre.
  • Menguruskan penggunaan bilik latihan ICT.
  • Menyediakan kertas kerja bagi perolehan perkakasan, perisian dan perkhidmatan.
  • Menganggotai Jawatankuasa ICT AADK (JICTA) bagi menyelaras keperluan dan pembangunan ICT AADK seluruh Negara
  • Menganggotai Jawatankuasa ICT peringkat Kementerian (JPICT) bagi melaporkan kedudukan projek ICT agensi dan pembentangan projek pembangunan ICT untuk kelulusan di Kementerian
  • Menyedia dan mengawal dokumen kontrak bagi perolehan serta penyelenggaraan perkakasan dan perisian.
  • Menguruskan pemasangan perisian versi terkini, meningkatan sistem, menilai, mengkaji dan memasang patches dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan perisian.
  • Megurus rekod, laporan dan mengemaskini sistem Helpdesk
  • Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah perisian dan perkakasan.
( V )CAWANGAN INVENTORI,DOKUMENTASI & PENGEMASKINIAN

FUNGSI
  • Merancang dan membangunkan sistem aplikasi dalaman AADK
  • Menguruskan perkongsian sistem aplikasi antara agensi kerajaan dan AADK
  • Menyelenggara dan menambahbaik sistem aplikasi dalaman AADK
  • Menyelenggara dan menjalankan kerja-kerja DBA bagi pangkalan data sistem aplikasi dalaman
  • Mengurus dan menjalankan operasi backup / recovery sistem aplikasi dalaman AADK
  • Mengurus dan menyediakan latihan penggunaan sistem aplikasi dalaman AADK
  • Memberi bantuan teknikal berkenaan sistem aplikasi dalaman AADK
  • Menyediakan dokumentasi sistem aplikasi dalaman AADK
  • Melaksanakan urusan pentadbiran BTMK dan penyediaan laporan