PENGENALAN

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang dari terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Untuk mencapai tujuan ini, seseorang itu perlu meningkatkan faktor pelindung dan mengurangkan faktor berisiko. Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya dari terlibat dengan gejala dadah walaupun ia mudah dan senang diperolehi.


Bermula 2014, pendekatan program pendidikan pencegahan dilaksanakan berdasarkan profiling kawasan bagi menentukan strategi dan kumpulan sasar bagi sesuatu program.

Klasifikasi kawasan dan jenis program :

Kawasan Berisiko

Kawasan Tidak Berisiko

Program Pendidikan Pencegahan

Program Pendidikan Pencegahan

SKUAD 1Malaysia

Promosi Program Dan Kesedaran Awam

Promosi Program Dan Kesedaran Awam

 

Transformasi strategi program pencegahan merangkumi elemen berikut :

  • SKUAD 1Malaysia
  • Program Pendidikan Pencegahan
  • Kesedaran Awam ( Pelan Media)




OBJEKTIF

  1. Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah .
  2. Memberi pendidikan dan kemahiran daya tindak kepada kumpulan berisiko supaya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah .
  3. Mendapatkan dan memelihara sokongan rakyat untuk sama-sama bangkit memerangi dadah .