PIAGAM PELANGGAN
Bahawasanya kami berjanji akan:
• Baucer pembayaran bil yang lengkap dari pembekal disediakan dalam tempoh empat belas (14) hari;
• Tuntutan elaun lebih masa/perjalanan/perpindahan yang lengkap disediakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;
• Permohonan pinjaman kenderaan dan komputer yang lengkap diterima, diproses dan diluluskan dalam tempoh lima (5) hari bekerja;
• Pinjaman rumah yang lengkap diproses dan dihantar ke Kementerian Kewangan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
• Memproses dan mengemukakan perakuan kepada kuasa melulus bagi Pengesahan Lantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah dokumen lengkap;
• Memproses dan mengeluarkan surat kelulusan bagi permohonan Cuti Separuh Gaji, Cuti Tanpa Gaji Dan Cuti Kursus Sambilan (CKS) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah dokumen lengkap;
• Memaklumkan keputusan permohonan pertukaran dan surat arahan pertukaran dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Mesyuarat Penempatan dan Pertukaran bersidang;
• Memberi maklumbalas kepada setiap permohonan rujukan maklumat dalam masa TIGA PULUH (30) minit kepada pemohon;
• Menguruskan proses pinjaman antara perpustakaan/ Inter Library Loan (ILL) dalam masa tujuh (7) hari bekerja;







