GALERI
MY SMS
AKTIVITIARKIB
BULETIN
MUAT TURUN
KERATAN AKHBAR
MAKLUMBALAS MEDIA
ARKIB UCAPAN
KELAB
JURNAL AADK
STATISTIK
TENDER/SEBUT HARGA
KURSUS LANDSKAP
Oleh : Marina binti Majid (CCSC Hulu Terengganu)
Hulu Terengganu, 17 Jun : Seramai 7 orang klien CCSC, seorang klien outpatient dan 8 orang wargakerja AADK Hulu Terengganu terlibat dengan Program Latihan dan Vokasional telah diadakan selama 5 hari di CCSC Hulu Terengganu dari 12 hingga 16 Mei yang lalu. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan latihan kepada klien cara-cara untuk menghasilkan landskap kolam air terjun disamping menggarap kemahiran yang sedia ada dalam diri masing-masing.
En. Shahril dari ABM Hulu Terengganu bertindak selaku tenaga pengajar sepanjang berlangsungnya program tersebut. Sebelum latihan diadakan, sedikit taklimat telah diberikan kepada klien mengenai asas penmbuatan landskap dan kos perbelanjaan yang diperlukan. Seterusnya, peserta belajar membuat landskap kolam air terjun daripada awal proses pembuatan sehingga cara menghias kolam air terjun tersebut. Penghasilan kolam air terjun ini memerlukan proses yang teliti bagi menghasilkan landskap kolam yang berkualiti dan menarik. Tahap kesabaran yang tinggi amatlah diperlukan dalam menghasilkan kolam air terjun ini.
Di akhir program, peserta telah diberikan ujian bagi mengetahui sejauh mana pengetahuan yang diperolehi oleh peserta program. Klien turut dimaklumkan tentang harga yang boleh disyorkan bagi tiap-tiap landskap kerana kemahiran landskap juga boleh dijadikan salah satu car auntuk mendapatkan sumber pendapatan tambahan.
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |











