Kuiz

1) Di antara berikut adalah nama jalanan bagi pil ekstasi kecuali?
a) Adam
b) Panadol
c) Love
d) Eva

2) Antara berikut yang manakah Akta yang menyatakan bahawa pesalah dadah boleh dijatuhi hukuman gantung?
a) Akta Dadah Berbahaya 1952
b) Akta Penagih Dadah (Pemulihan dan Rawatan ) 1983
c) Akta Agensi Anti Dadah 2004
d) Akta Racun 1952

3) Diantara berikut yang manakah Bukan dadah buatan (designer drug)?
a) Ekstasi
b) Syabu
c) Pil Amphetamin
d) Ganja

4) Istilah yang lazimnya digunakan untuk menggambarkan seorang pengedar dadah kecil-kecilan
a) Tonto
b) Pusher
c) Konduktor
d) Ulat

5) Namakan sejenis daun yang mana air rebusan boleh mengkhayalkan seseorang jika salahguna?
a) Daun kokain
b) Daun ganja
c) Daun ketum
d) Daun pinang

6) Namakan sebuah bilik pengasingan yang menjadi bilik rawatan awalan pemulihan dadah?
a) Lokap
b) Detox
c) Penjara
d) Sel

7) semua dibawah adalah NGO yang terlibat dengan pemulihan dadah kecuali
a) Pengasih
b) Pendamai
c) Pemadam
d) Mercy

8) Agensi-agensi yang terlibat dengan penguatkuasan dadah adalah seperti dibawah kecuali
a) Agensi Antidadah Kebangsaan
b) PDRM
c) Kastam Diraja Malaysia
d) Tentera Diraja Malaysia

9) di antara berikut yang manakah merupakan pusat serenti khas untuk wanita
a) Pusat Serenti Bukit Chabang
b) Pusat Serenti Bachok
c) Pusat Serenti Tampoi
d) Pusat Serenti Raub

10) pusat penjagaan lanjutan bekas penagih dadah setelah dibebaskan dari pusat serenti dinamakan
a) Pusat Khidmat AADK
b) Pusat Lanjutan Penagih
c) Pusat Jagaan Bekas Penagih
d) Pusat Sehenti Bekas Penagih

11) Apakah Akronim bagi Pusat Serenti Sukarela Sungai Besi
a) Pewira
b) Persada
c) Perdana
d) Pertiwi

12) Bilakah Hari Antidadah Antarabangsa di sambut pada setiap tahun

a) 26 ogos
b) 25 julai
c) 26 jun
d) 01 mei

13) Candu dihasilkan dari getah bunga

a) Ganja
b) Poppy
c) Ketum
d) Kokain

14) Apakah sifat fizikal bagi dadah syabu?

a) Hablur kristal
b) Cecair jernih
c) Gas putih
d) Serbuk putih

15) Berapakah bilang pusat serenti yang terdapat di seluruh Malaysia

a) 14
b) 28
c) 30
d) 25

16) Kodein adalh nama lain bagi

a) ganja mampat
b) Heroin
c) Ubat batuk
d) Ubat pelali

17) Semua dibawah adalah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengelakkan terlibat dengan najis dadah kecuali

a) Bersukan
b) Bergaul dengan rakan-rakan yang rosak akhlak
c) Membuat kerja -kerja amal dan kemasyarakatan
d) Mengulangkaji pelajaran dengan rakan-rakan

18) Apakan ujian pertama yang dilakukan untuk mengesan kehadiran dadah dalam diri seseorang

a) Ujian air kencing
b) Ujian pernafasan
c) Ujian darah
d) Ujian IQ

19) Apakah motto bagi Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia

a) Bersekutu bertambah mutu
b) Dadah musuh negara
c) Bersama membasmi dadah
d) Berusaha berjaya

20) Dadah apakah yang selalu dikaitkan dengan dadah untuk berhiburan

a) Ganja
b) Morfin
c) Heroin
d) Ekstasi