Pusat Sumber Agensi Antidadah Kebangsaan, merupakan sebuah perpustakaan khusus yang berfungsi untuk mengumpul, menyimpan dan menyebar maklumat mengenai dadah.Bahan-bahan terdiri dari bahan yang diterbitkan oleh badan-badan antarabangsa/institusi/organisasi/agensi serta ahli-ahli akademik didalam negeri dan juga luar negeri.
Di samping itu ia dapat menyokong aktiviti penyelidikan di AADK selaras dengan misi utama iaitu menjadi sebuah pusat maklumat yang lengkap, kondusif dan mesra pengguna. Berikutan dengan itu, aktiviti perolehan maklumat, penyimpanan dan pengedaran maklumat dalam bentuk bercetak,pangkalan data atas talian atau CD-ROM adalah amat penting untuk menyokong fungsi Pusat Sumber
Pusat Sumber AADK menggunakan Sistem Perpustakaan Bersepadu(ADVANCE GEOWEB OPAC) mulai Januari 2006 bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan. Dengan sistem tersebut pengguna dapat mengakses, menempah bahan dan membuat pembaruan secara atas talian. Pengguna juga dapat menjalankan urusan secara dengan mudah dan berkesan.
Pengguna PSM AADK terdiri dari kakitangan AADK seluruh negara dan badan korporat dan orang perseorangan yang berminat mendapatkan bahan dan rujukan mengenai dadah. Pelajar IPT juga bebas untuk membuat kajian dan rujukan di PSAADK dengan syarat adanya surat pengakuan dari institusi pengajian mereka