Untuk makluman semua warga AADK, AADK sedang ke arah untuk mendapatkan pengiktirafan Persijilan Korporat MS ISO 9001 : 2008. Objektif Persijilan Korporat MS ISO 9001 : 2008 adalah seperti berikut :-
• Membangunkan sistem kerja berasaskan piawaian antarabangsa
• Memastikan proses kerja diujudkan dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan
• Memastikan pelanggan diberi perkhidmatan yang terbaik dan mengurangkan rungutan ketidakpuasan hati pelanggan
• Melaksanakan penambahbaikan secara berterusan sejajar dengan Dasar kualiti AADK.