Carian
PENGENALAN
KOD ETIKA 
PIAGAM PELANGGAN
CARTA ORGANISASI
FAQ
CAWANGAN


PENGENALAN

Akta Agensi Antidadah Kebangsaan telah diwujudkan pada tahun 2004. Untuk merialisasikan pelaksanaan Akta tersebut, Bahagian Penguatkuasaan telah ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi dan peranan Agensi Antidadah Kebangsaan seperti termaktub dalam akta, meningkatkan kepercayaan dan keberkesanan sebagai 'Lead Agency'.

Fokus Bahagian ini ialah untuk menguatkuasakan akta bagi mengatasi masalah dadah, mengatasi permasalahan yang berkaitan dengan penghuni di institusi pemulihan dan orang kena pengawasan dalam komuniti.

FALSAFAH

Penguatkuasaan di Agensi Antidadah Kebangsaan adalah untuk memperkasakan undang-undang dadah secara berkesan dan berterusan kearah Negara Bebas Dadah.

MATLAMAT

Matlamat Penguatkuasaan undang-undang Agensi Antidadah Kebangsaan adalah untuk melaksanakan peruntukan undang-undang dalam akta-akta berkaitan dadah dan telah diluluskan oleh kerajaan.  Usaha untuk memerangi masalah dadah di Malaysia dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama agensi Penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Farmasi, Kementerian Kesihatan dan sebagainya dengan tujuan untuk mencapai Negara Bebas Dadah menjelang 2015.

FUNGSI

Melaksanakan fungsi dan peranan AADK seperti yang termaktub dalam Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004.

Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan AADK sebagai ‘Lead Agency’ untuk  membanteras masalah dadah

VISI

Memperkasa Penguatkuasaaan Ke Arah Negara Bebas Dadah

MISI

Penguatkuasaan Undang-undang Dadah Secara Berkesan

MOTTO

Bersatu Memerangi Dadah


 
Printer Friendly Page Send this Story to a Friend





Penjara Malaysia









Tarikh Kemaskini : 7 SEPTEMBER 2010
PELAWAT


Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman
PENAFIAN
Kerajaan dan Agensi Antidadah Kebangsaan tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.
Copyright (C) 2008 by Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri
Aras 3-7, Bangunan Two IOI Square, IOI Resort
62502 Putrajaya No Tel : 603 - 8949 8400 No Fax : 603 - 8944 1931