Piagam Pelanggan

Bahagian Pencegahan

1. Permohonan Pameran atau Program Pendidikan Pencegahan:

  • Mengesahkan penerimaan permohonan dalam tempoh satu (1) hari; dan
  • Memberi maklum balas terhadap permohonan dalam tempoh tujuh (7) hari.

2. Menyediakan khidmat konsultasi berkaitan pendidikan pencegahan dalam masa tidak melebihi empat belas (14) hari dari tarikh permohonan diterima.

Bahagian Rawatan, Perubatan Dan Pemulihan

3. Memaklumkan kemasukan klien PUSPEN kepada keluarga dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari daripada tarikh kemasukan.

4. Melaksanakan Program Rawatan dan Pemulihan kepada klien komplian dalam Komuniti sekurang-kurangnya satu (1) kali sebulan.

Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan

5. Memberi maklum balas aduan penagihan dadah dalam tempoh tiga (3) hari.

6. Memberi keputusan permohonan Orang Kena Pengawasan (OKP) meninggalkan kawasan kediaman secara tetap dalam tempoh empat belas (14) hari.

Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan

7. Memberi maklumat berkaitan data dadah kepada pemohon dalam tempoh empat belas (14) hari dari permohonan diterima.

Unit Antarabangsa

8. Mengedarkan keputusan mesyuarat serta dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh badan-badan serantau dan antarabangsa kepada pegawai-pegawai AADK dan jabatan/agensi berkenaan dalam tempoh dua (2) minggu selepas dokumen diterima.

Accessibility Toolbar